1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda
lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand
jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan
semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau
pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga..
Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak
sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga
sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu,
tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn
isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor
taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau
isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia
memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan
perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan
isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali
menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin
melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela
nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah
buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi,
buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah
berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.
Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak
boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti,
siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah
rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri
dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami
masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami
masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk
neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri
masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya
tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan
ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa
yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau
isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf,
kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami
rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang
dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada
para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah
hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
-Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-
No comments:
Post a Comment