Masjid Brunei.

Masjid Brunei terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas Kelantan. Kedudukannya di hujung jalan kampung. Pada awalnya tiada ramai yang tahu tentang masjid ini, namun setelah 20 tahun pembinaannya, ia mula menjadi popular kerana ada kaitan dengan Sultan Brunei.

Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H.

Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama Tahfiz.

PEMBINAAN

Pada awalnya penduduk kawasan ini mahu membina sebuah masjid namun kekurangan sumber kewangan. AJK Masjid telah menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei ketika itu untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan, dengan izin Allah s.w.t. Sultan Brunei memperkenankan permintaan mereka dan Baginda sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan terima kasih Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Brunei Darussalam.

No comments:

Post a Comment